Mazhab-mazhab Kristian di Sarawak

mcdougall
Francis Thomas McDougall

Kristian telah mula bertapak di Sarawak sejak tahun 1848 dengan kedatangan Francis McDougall untuk menyebarkan agama Kristian. Pada awal kedatangannya, beliau menyasarkan penyebaran Kristian dalam kalangan bangsa Melayu namun akhirnya gagal seterusnya menyasarkan bangsa peribumi yang lain.

Walaupun pada awalnya Francis McDougall merupakan seorang Kristian yang bermazhab Anglican, namun atas toleransi sesama Kristian, akhirnya mazhab-mazhab Kristian yang lain turut bertapak di Sarawak. Sejak pada itu, mazhab agama Kristian di Sarawak mula bertambah dan tersebar.

Antara mazhab utama Kristian yang tedapat di Sarawak adalah Anglican, Roman Katolik, Methodist, Sidang Injil Borneo (SIB), Seven Day Advemtist dan The Salvation Army. Ini adalah merupakan mazhab-mazhab yang utama yang telah disebutkan, namun masih terdapat banyak lagi mazhab lain yang tidak dapat dipastikan bilangan sebenarnya.

Mazhab Anglikan adalah merupakan mazhab yang telah dibawa masuk oleh Francis McDougall sendiri yang telah datang ke Sarawak pada tahun 1848 atas jemputan James Brooke. Francis McDougall adalah merupakan pengasas kepada mazhab Kristian Anglikan di Sarawak. Beliau merupakan seorang doktor dan jawatan ini telah digunakan dengan sebaik-baiknya bagi mengambil hati penduduk di Sarawak bagi menyebarkan agama Kristian.

Dalam menyebarkan Kristian Anglikan di Sarawak, banyak usaha yang telah dilakukan oleh beliau. Antaranya adalah menubuhkan Borneo Church Mission iaitu gerakan missionaries yang pertama yang telah ditubuhkan. Gerakan ini seperti yang kita tahu adalah untuk menyebarkan Kristian dalam kalangan penduduk di Sarawak. Selain itu, Francis McDougall juga turut membina sekolah-sekolah, gereja-gereja dan dispensari.

Sasaran awal Francis McDougall adalah orang Melayu. Dengan itu, beliau telah menjemputseorang Melayu Kristian dari Singapura untuk berdakwah kepada orang-orang Melayu yang tinggal di Sarawak pada waktu itu. Dakwah mereka kepada akhirnya menuju kegagalan apabila berlaku tentangan daripada pemimpin dan masyarakat Melayu. Dengan kegagalan ini akhirnya McDougall mengalihkan sasaran kepada penduduk pribumi dan orang Cina. Usaha beliau ini akhirnya berjaya. Pengikut mazhab Anglikan kini dianggarkan seramai 200,000 orang.

Mazhab yang seterusnya yang ada di Sarawak adalah Roman Katolik. Roman Katolik mula tersebar di Sarawak setelah kehadiran Father Edward Dunn pada 1881 atas jemputan keluarga Brooke setelah usaha Francis McDougall untuk menyampaikan Kristian gagal. Father Edward Dunn adalah merupakan seorang tokoh missionaries mazhab Roman Katolik.

Father Edward Dunn ini juga adalah merupakan seorang yang berpengaruh dan beliau berkemahiran dalam bidang pertanian. Kemahiran ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh beliau bagi menyebarkan agama Kristian dalam kalangan bangsa Iban di pedalaman. Kejayaan beliau dalam menyebarkan Kristian mazhab Roman Katolik adalah disebabkan oleh sokongan keluarga Brooke terhadap penyebaran agama Kristian tidak mengira aliran mazhab, walaupun pada dasarnya keluarga Brooke sendiri adalah pengikut mazhab Anglikan.

Keluarga Brooke turut memberi jaminan keselamatan kepada para missionaries serta emnjamin bahawa tidak akan ada tentangan daripada pemimpin Islam terhadap penyebaran agama Kristian. Namun, tentangan dari pimpinan Islam tetap berlaku terhadap penyebaran agama Kristian yang dilakukan oleh pihak missionaries.

Ketika zaman penyebaran agama Kristian oleh Father Edward Dunn, beliau telah Berjaya membuka beberapa sekolah missionaries. Antaranya adalah Sacred Heart di Sibu, St Teresa dan St Joseph di Kuching. Sekolah-sekolah ini masih ada hingga sekarang.

Seterusnya adalah Mazhab Sidang Injil Borneo (SIB). Mazhab ini telah diasaskan di Melbourne pada tahun 1928 dengan nama Borneo Evangelical Mission (BEM). Sasaran awal mazhab ini pada awalnya adalah masyarakat Murut (Lun Bawang) dan Kelabit.

Borneo Evangelical Mission ini menggalas tugas untuk memberi latihan kepada masyarakat tempatan untuk menjadi missionaries serta clergymendi gereja-gereja. Mereka ini telah berjaya menubuhkan sebuah sekolah pengajaran Bible di Lawas yang berfungsi sebagai pusat latihan para paderi serta merupakan pusat terjemahan Bible kedalam bahasa-bahasa yang ada di Borneo.

Borneo Evangelical Mission merupakan gerakan Evangelical yang terbesar di Malaysia dengan anggaran ahli seramai 500,000 orang di seluruh Malaysia.

Mazhab Kristian seterusnya yang ada di Sarawak adalah mazhab Methodist. Sejarah awal mazhab ini bermula pada tahun 1900. Mazhab ini telah dibawa ke Sarawak oleh seorang pendatang Cina. Tokoh utama bagi mazhab ini adalah Wong Nai Siong. Mazhab ini di Sarawak, lebih tertumpu di Sibu dimana penduduknya adalah majority Cina Foochow. Mazhab ini juga ada komuniti di Setiawan, Perak.

Mazhab lain yang turut ada di Sarawak adalah Seventh Day Adventist. Missionaries bagi mazhab ini mula tiba di Malaysia pada tahun 1911. Abraham La Rues, antara nama besar dalam gerakan evangelst mazhab Seventh Day Adventist, telah menapak ke Sarawak pada tahun 1905. Pemimpin Sarawak pada masa itu sangat menentang penyebaran agama Kristian di Sarawak. Oleh sebab itu, dua orang bangsa Cina yang berasal dari Singapura telah menetap di Sarawak dan menjalankan aktiviti penyebaran agama Kristian mereka.

Aktiviti penyebaran agama Kristian ini menjadi semakin aktif dan dibuat secara terbuka pada athun 1925 hak kebebasan beragama di isytiharkan. Mereka turut menyewa beberapa buah bangunan untuk dijadikan sebagai tempat untuk bermesyuarat serta menubuhkan beberapa buah sekolah.

Statistik pada tahun 2003 menunjukkan terdapat 82 gereja telah dibina di bawah mazhab Seventh Day Adventist. Dianggarkan keahlian bagi mazhab ini adalah seramai 14,500 orang.

Mazhab yang terakhir adalah mazhab The Salvation Army. sejarah bermulanya The Salvation Army di Sarawak adalah pada tahun 1941-1945 yang merupakan tahun peperangan. Peperangan ini menyebabkan ketidakteraturan secara besar-besaran dari banyak segi. Ramai penduduk yang dijangkiti penyakit kurang vitamin. Kerana inilah ditubuhkan The Salvation Army.

Pertubuhan The Salvation Army pada hari ini adalah merupakan organisasi Kristian yang mempunyai misi secara spiritual dan praktikal. Perkhidmatan sosial mereka disalurkan kepada sesiapa saja yang memerlukan tidak kiran agama atau bangsa.

Bila disebut The Salvation Army, tidak banyak aktiviti evangelist yang dikaitkan dengan mereka. Di Malaysia, telah direkodkan sebanyak 10 gereja mazhab ini. Program-program yang mereka sering adakan adalah program berkaitan kanak-kanak, remaja, wanita dan kekeluargaan.

oleh
Norlia bt Salleh
Unit Kajian Evangelism IKB

Summary of ‘Wind of Change in Sarawak Politics?’

Sarawak politics appears largely unchanged with the ruling BN in power, Abdul Taib Mahmud the Chief Minister for 30 years. However, a closer look reveals there has a trend and issues that could complicate the dynamic of state politics.

Based on census that has been done in 2000, Sarawak is a predominantly non-Muslim state which accounts 71.1%. Unlike Peninsula Malaysia, no single ethnic group in Sarawak forms a majority. When Malayan Prime Minister Tunku Abdul Rahman proposed new federation of Malaysia, Sarawak and Sabah were invited to join Singapore and Brunei in the new entity, figuring the numerically strong Bumiputra population would offset the large Chinese population of Singapore in the new political grouping. As an incentive, Sarawak and Sabah accorded special provision which gave them greater autonomy compare to other state of Malaya. However, the special rights of Sarawak were eroded by federal government over time.

BN has dominated Sarawak politics for the last four decades. But, there have been significant changes in this coalition due several reasons. These changes can be divided into seven phases which are (1) formative years, (2) post 1970 elections, (3) co-optation of Snap, (4) the BN3 Plus Government, (5) the BN3 government, (6) Dayak consolidation and (7) Dayak leadership crisis.

In the first phase, ruling coalition known as Sarawak United Front (SUF) was established in 1962 and consists of four component party and each of them predominantly comprised of single ethnic group. These component parties were Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA), Sarawak Chinese Association (SCA), Sarawak National Party (SNAP), and Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA). First elected government was led by SNAP and Stephen Kalong Ningkan was appointed as Chief Minister. Few years later, ruling coalition faced major crisis and led to ouster of Ningkan and withdrawal of SNAP from SUF. BARJASA leaders were able to dominate the state cabinet although it was led by PESAKA leader, Tawi Sli. PANAS rejoin the coalition just before removal of Ningkan. Domination of Muslim Bumiputra leaders were consolidated when BARJASA and PANAS merged and formed BUMIPUTRA in 1966.

Second phase is post 1970 elections. In 1970 elections, SUF faced a challenge from opposition which comprised of SNAP and SUPP. However, it still manages to secure enough seats. PESAKA want its leader to be the chief minister but BUMIPUTRA refused due to greater electoral strength. Therefore, BUMIPUTRA with the support of federal leaders made a plan to co-opt SUPP into new alliance known as Perikatan. SCA was dissolved in compliance with SUPP. BUMIPUTRA party led the new coalition and Abdul Rahman Yakub was appointed for the third chief minister. In this phase, BUMIPUTRA and PESAKA merged and formed PBB. This allowed them to consolidate their strength. In the same year, the coalition was renamed the Barisan Nasional.

Third phase is co-optation of SNAP. It occurs after 1974 elections when chief minister faced dissent within SUPP and sensed the need to find new senior partner. Therefore, he decided to co-opt with SNAP in order to consolidate his position. This cause the opposition force severely weakened. Then, SNAP faced leadership crisis and another Dayak party was formed which is Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS). Taib Mahmud accepted PBDS’s application to join BN although there was a protest from SNAP. This cause weakend Dayak parties but strengthen the position of PBB. This was known as BN3 plus government. This is fourth phase.

Phase 5 is the BN3 government. This occurs when PBDS backfired BN when it teamed up with a group of disgruntled PBB and SNAP leaders. PBDS then left Sarawak BN but remained a member of BN alliance at national level. PBDS then teamed up with PERMAS and formed Kumpulan Maju as opposition. Now, BN only has PBB, SUPP and SNAP and known as BN3 government. However after 1991 elections, PBDS returned to ruling coalition.

The last phase is Dayak Crisis. Dayak leadership crisis cause formation of another parties which are Sarawak Progressive Democratic Party (SPDP) which is breakaway party from SNAP and Parti Rakyat Sarawak which is breakaway party from PBDS. Both of them were allocated the same parliamentary and state seat contested by their origin party. Currently, Sarawak BN is dominated by PBB and it achieved its prominent status within the state ruling coalition ever since Rahman Yakun as chief minister.

Up to 1970s, there was no alliance formed between the opposition parties. Ruling BN co-opted influential Dayak party into coalition and led to the decline of Sarawak opposition forces. Although new opposition parties were formed, none of them posed any serious challenge and most of them could not survive beyond two elections due to dismal electoral performance and lack of financial resources. In 1970s also, a national based party entered Sarawak which is DAP. It was founded by several SUPP leaders who are not happy with the party leadership and it was the only national party in Sarawak at that time. Its contribution is the ability to sustain the opposition struggle which state based party failed to achieve. There also had independent candidates who contested in 1983 elections and they were able to snatches 3 seats from ruling party. The reasons of independent party contested because they did not believed in the ideological struggles and leadership of existing opposition parties and also was planned by the ruling party in order to divide the opposition’s vote. In 1990s, reformasi (reform) movement that erupts in the Peninsula spread to Sarawak and that is the first time KeADILAN and PAS contested in Sarawak. KeADILAN was brought from Anwar supporters and PAS made a quiet entry through its social engagement programme which special emphasis in dakwah. This change the make-up of Sarawak’s opposition forces from regional to national-based. In 1999 elections, KeADILAN, DAP, and PAS formed Barisan Alternatif however it lasted only few months due to the absence of unifying leader. Nowadays, the backbone of the opposition coalition is made up of coalition of national parties known as Pakatan Rakyat. Clearly the opposition coalition in Sarawak has relied heavily on the durability of the national coalition to sustain it. There also has fragmentation of opposition forces in Sarawak due to contestation between national and regional sentiments within the alliance. PR has pursued regional issued in order to appease anti-Peninsula sentiments within Sarawak society and the coalition itself.

The other issue is leadership transition. Abdul Taib Mahmud was the man at the centre of controversy. He took over state leadership from his uncle, Abdul Rahman Yakub. Critics along with federal leaders’ impatience to see a leadership transition taking place have put a lot pressure on Taib. He had raised the issue of retirement several times before and the first time was in 1995. He announced three candidates which were Effendi Norwawi, Adenan Satem and Abang Johari. However, Taib was expected to handpick his successor who would not only ensure the continuity of Muslim Bumiputra rule in Sarawak and sustain the dominance of PBB in the ruling coalition, but also protect his family interest. However, next chief minister will face daunting task in consolidating his position. There will be challenge from opposing factions in his own party, other component parties of the ruling coalition and opposition. These opposing forces could either attempt to bring down the newly appointed chief minister or want to test the power of the new strongman-politician.

Other issues are revolt of the Chinese voters and the rises of the Bumiputra intelligentsia. One of the emerging trends in Sarawak’s politics is gradual swing of Chinese support away from the ruling party. During formative years of Malaysia, Chinese voters were considered staunch supporters of the opposition which was SUPP which opposed the formation of new nation. After SUPP join ruling coalition, the voters persistently supported the ruling party. However, domination of SUPP over Chinese voter ended abruptly in 1996 when its president failed to defend his seat which losing to DAP. There have a few reasons of revolt emerged of Chinese voters. Survey was done by Merdeka Center on 518 respondents. The reasons are the voters were pessimistic about the prospects for national economy and felt dejected over perceived marginalization of the community, Muslim Melanau-led government had implemented policies which favors Muslim Bumiputra and weak leadership within ruling coalition, intra-party rivalries, money politics and corruptions. Chinese voters seem to be more susceptible to change compare to Bumiputra because they reside at the urban area. Besides, there also growing number of Dayak intelligentsia who are bold enough to challenge traditional Dayak families and Muslim Bumiputra elites. There are dozens of blogs run by Dayak intelligentsia and most of them expose the corrupt practice of Sarawak BN. They align themselves to PKR and SNAP. Compare to Chinese, it is difficult to assess the sentiments of Dayak voters.

As a conclusion, change already taking place in Sarawak politics. There are some manifestations of changes such as fragmentation of ruling coalition, the changing face of opposition parties, imminent retirement of Taib, revolt Chinese voters and emergence of Dayak intelligentsia that have been generated by the state’s attempt to dominate Sarawak’s electorate and the contests mounted against this domination by various forces in society.

Reference:

  • Faisal S Hazis, 2011. Wind of Change in Sarawak Politics?

Ahmad Harith
IKB Researcher

Bumiputera Islam dalam Politik Sarawak (1963-2007): Satu Analisis

satem

Sarawak merupakan negeri terbesar di Malaysia dan mempunyai komposisi masyarakat majmuk yang dapat dikategorikan kepada dua kumpulan etnik iaitu bumiputera dan bukan bumiputera. Bumiputera seterusnya dibahagikan kepada bumiputera Islam (Melayu dan Melanau) dan bukan Islam (Iban, Bidayuh, Melanau, dan Orang Ulu). Bukan bumiputera pula terdiri daripada kaum Cina dan sebahagian kecil kaum India.

Perkembangan parti politik di Sarawak bermula beberapa tahun sebelum Sarawak mencapai kemerdekaan. Parti-parti yang ditubuhkan lebih berasaskan sokongan daripada kaum tertentu. Parti pertama ditubuhkan ialah Sarawak United Peoples’ Party (SUPP) pada tahun 1959. Tahun 1962 pula menyaksikan penubuhan The Sarawak United Front yang kemudiannya dikenali sebagai Sarawak Alliance, pertubuhan yang terdiri daripada gabungan Parti Negara Sarawak (PANAS), Barisan Rakyat Jati Sarawak (BERJASA), Sarawak National Party (SNAP), Sarawak Chinese Associatian (SCA) dan Parti Pesaka Anak Jati Sarawak (PESAKA).

Politik Bumiputera Islam pula bermula dengan penubuhan parti BUMIPUTERA pada Disember 1966 iaitu gabungan parti sokongan Melayu, PANAS dengan parti sokongan Melayu-Melanau, BERJASA. Alasan utama penggabungan kedua-dua parti ini adalah bagi membentuk perpaduan sesama muslim di samping untuk menyelamatkan kedudukan politik bumiputera Islam di Sarawak. Ia juga merupakan cadangan dari UMNO yang telah membatalkan hasrat untuk melebarkan sayap ke Sarawak sebaliknya menjadikan penggabungan kedua-dua parti ini untuk mewakili orang Melayu di Sarawak. Tambahan pula, undang-undang tanah yang ingin diperkenalkan oleh Kalong Ningkan yang dilihat pro-Cina dan anti-pribumi juga menjadi faktor kepada penyatuan politik bumiputera Islam ini walaupun akhirnya undang-undang tersebut dibatalkan kerana menerima bantahan daripada banyak pihak.

Penyatuan politik bumiputera Islam ini menampakkan hasil ketika pilihan raya 1970 apabila Parti BUMIPUTERA memenangi 12 daripada 48 kerusi yang dipertandingkan. Pada ketika itu, kemenangan Sarawak Alliance dalam pilihanraya tersebut telah menghadapi masalah dalaman, dan hal ini memberi peluang kepada parti BUMIPUTERA dengan sokongan kerajaan pusat untuk bergabung dengan parti pembangkang, SUPP bagi membentuk kerajaan baru yang diketuai oleh Abdul Rahman Yaakub. Pemimpin-pemimpin pusat memainkan peranan yang penting dan keterlibatan mereka dalam pembentukan kerajaan campuran Sarawak ini adalah bagi memastikan hubungan Kuala Lumpur-Kuching bertambah lebih baik. Tun Abdul Razak sendiri telah terlibat secara langsung untuk berbincang dengan pemimpin SUPP bagi memastikan penggabungan ini berjaya. Sebagai Ketua Menteri, Abdul Rahman Yaakub telah menggunakan peluang ini untuk memperkukuhkan lagi kedudukan pribumi Islam dalam kerajaan beliau. Tindakan beliau ini membuatkan kaum Melayu-Melanau mendapat kredibiliti dan perhatian langsung daripada kerajan pusat. Terdapat pelbagai agensi juga ditubuhkan yang melibatkan orang Melayu-Melanau dalam rancangan pembangunan Sarawak seperti Yayasan Sarawak dan Sarawak Economic Development Corporation. Pada tahun 1973, Abdul Rahman Yaakub mengorak langkah seterusnya apabila menggabungkan parti BUMIPUTERA dan PESAKA (mewakili orang Iban) yang akhirnya membentuk PESAKA BUMIPUTERA BERSATU (PBB).

PBB memberi kelebihan kepada kerajaan pimpinan Abdul Rahman Yaakub kerana pertubuhan ini mewakili parti-parti utama etnik di Sarawak dan PBB dikatakan menjadi tunggak kepada kekuatan politik bumiputera Islam di Sarawak sehingga kini. Hal ini memudahkan penyebaran agama Islam dilakukan di Sarawak berdasarkan hakikat peguasaan politik di Sarawak di tangan bumiputera Islam. Secara umunya, pembentukan PBB memberi kesan signifikan bagi mengukuhkan kedudukan Abdul Rahman yaakub sendiri dan pada masa yang sama menguntungkan PESAKA kerana PBB menempatkan orang Iban dalam organisasi yang lebih terusun serta mengurangkan masalah perebutan kerusi antara Parti BUMIPUTERA dengan PESAKA.

Pada era pemerintahan Abdul Rahman Yaakub ini, pendominasian politik kumpulan bumiputera Islam di Sarawak boleh dikaitkan dengan beberapa faktor. Pertama adalah faktor perpaduan yang mana PBB dilihat lebih mampu untuk membentuk perpaduan berbanding parti lain yang dilihat berpuak-puak. Kedua adalah faktor sokongan dari kerajaan pusat yang melihat kepentingan bumiputera Islam di Sarawak lebih terjamin melalui kepimpinan bumiputera Islam. Ketiga, pemimpin-pemimpin PBB mempunyai pengaruh yang kuat melalui penguasaan kesemua agensi dan jabatan penting di Sarawak manakala dari sudut kewangan, PBB mampu melahirkan tokoh perniagaan yang sentiasa mendokong usaha parti tersebut tanpa berbelah-bagi. Memberi penaungan kepada golongan elit bagi mendapatkan sokongan politik adalah faktor keempat bagi meneruskan pendominasian ini. Pengkaji Politik di Sarawak bersependapat bahawa penaungan golongan elit ini berlaku melalui industri balak dan pemberian “approved permits” kepada individu-individu tertentu sebagai balasan kepada sokongan politik. Akhir sekali, faktor kongsi kuasa dan tolak ansur BN telah membolehkan PBB berkuasa penuh dan mendominasi pemerintahan di Sarawak.

Namun, terdapat juga kritikan yang dihadapi oleh kepimpinan Abdul Rahman Yaakub tetapi kritikan tersebut tidak dapat menafikan bahawa kepimpinan beliau telah berjaya meletakkan politik bumiputera Islam pada landasan yang betul serta kukuh. Cabaran yang dihadapi beliau adalah lebih menjurus kepada reaksi terhadap cara kepimpinan beliau di Sarawak.

Seterusnya, kepimpinan bumiputera Islam diteruskan oleh Abdul Taib Mahmud, yang mengambil alih kuasa pada Mac, 1981. Taib Mahmud telah mempopularkan konsep “politik pembangunan” bagi memajukan Sarawak setanding dengan negeri-negeri lain menjelang tahun 2020. Selain itu, Taib Mahmud turut menekankan keserasian antara golongan berpendidikan agama dan sekular dalam menangani keperluan ummah dengan memberi peruntukan kewangan kepada golongan berpendidikan Islam untuk mengambil kursus dalam bidang pentadbiran, perniagaan dan kewangan dalam membina ummah holistik ke arah pembangunan umat Islam di Sarawak sendiri.

Konsep politik Pembangunan yang mempunyai dua fasa iaitu prasarana fizikal dan pendidikan yang berkualiti untuk rakyat telah berjaya mengekalkan tampuk pemerintahan Taib Mahmud pada satu jangka masa yang panjang. Konsep ini serta monopoli media massa oleh kerajaan telah berjaya memegang hati rakyat supaya terus memilih parti PBB untuk memerintah bagi membaik-pulih serta membangun prasarana-prasarana fizikal terutama di kawasan pedalaman Sarawak. Selain itu, kesan politik pembangunan ini telah mewujudkan hubungan intim antara golongan korporat dengan kerajaan apabila konsep ini juga menekankan pembanguan ekonomi lantaran memerlukan dana yang besar untuk membangunkan negeri. Perkara ini memberi ruang kepada golongan korporat untuk mengeksploitasi sumber semulajadi di Sarawak bagi menampung dana yang diperlukan. Tambahan pula, orang korporat memainkan peranan penting dalam proses penswastaan syarikat yang perlu digiatkan bagi memastikan politik pembangunan berjalan seperti yang dirancang.

Walaupun konsep politik pembangunan menyumbang kepada pembangunan Sarawak secara total, namun kepimpinan Taib Mahmud turut terpalit cabaran apabila Kumpulan Maju diketuai Abdul Rahman Yaakub yang ditubuhkan pada tahun 1987 telah mendakwa kepimpinan beliau mengamalkan favouritism, harassment, victimization and intimidation. Krisis ini juga dikenali sebagai “Ming Court Incident”. Impak daripada kejadian ini telah menyebabkan Kumpulan Maju memenangi beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri, namun akhirnya sebahagian besar ahli kumpulan ini menyertai BN semula dan mengakhiri penentangan kepimpinan Taib Mahmud. Cabaran seterusnya berlaku terhadap perpaduan bumiputera Islam Sarawak. Pada tahun 1999, sentimen etnik Melayu bergema dan impaknya lebih kuat kerana pilihan raya umun diadakan serentak dengan peringkat pusat. Sentimen “reformasi” digunakan secara meluas di Semenanjung Malaysia sehingga kesannya terasa di Sarawak. Walaupun Parti Keadilan gagal memenangi mana-mana kerusi tetapi pilihan raya kali ini menyaksikan peralihan undi dalam kalangan orang Melayu-Melanau Islam terutama di kawasan majoriti Melayu-Melanau. Pilihanraya ini dikatakan masih dimenangi oleh PBB kelangsungan daripada pendominasian politik bumpiutera Islam sebelumnya. Orang-orang melayu dikatakan tidak sanggup mengambil risiko menukar tampuk pemerintahan kerana memberikan undi kepada pembangkang bermaksud mengurangkan pengaruh mereka sendiri dalam pemerintahan di Sarawak.

Berikutan krisis Melayu-Melanau ini, terdapat usaha-usaha untuk membawa UMNO masuk ke Sarawak namun ianya hanyalah sia-sia. Kerajaan pusat tidak merelakan UMNO dibawa ke Sarawak kerana mereka berpuas hati dengan kepimpinan BN Sarawak yang diketuai oleh PBB. Tun Mahathir Mohamad juga pernah menegaskan bahawa UMNO tidak akan ke Sarawak dan cuma berbuat sedemikian sekiranya rakyat Sarawak telah bersedia menerima parti itu. Tambahan pula, pada tahun 1998, Pemuda UMNO dan Pemuda PBB telah menandatangani Memorandum Persefahaman. Mereka berjanji untuk memperkukuhkan kerjasama yang telah sedia terjalin antara kedua-dua parti tersebut. Pada pilihanraya Dewan Undangan Negeri 2006, masih terdapat usaha-usaha untuk menubuhkan cawangan UMNO di seluruh Sarawak seandainya pemimpin yang sedia ada gagal meneruskan pemerintahan.

Hasil permerhatian perjalanan politik di bumi Sarawak, dapatlah disimpulkan bahawa masa depan politik bumiputera Islam bergantung pada dua faktor utama. Pertama ialah kemampuan model politik perkongsian kuasa bertahan di Sarawak seperti yang telah dimainkan oleh PBB, ia juga berkadar terus dengan perpaduan bumiputera Islam itu sendiri. Dan yang kedua ialah restu dari kerajaan pusat bagi memperkukuh kedudukan sesebuah parti. Tuntasnya, dapat dilihat kekuatan politik bumiputera Islam di Sarawak adalah berdasarkan perpaduan dalam kalangan bumiputera Islam di bawah tampuk pemerintahan PBB. Tanpa perpaduan yang padu, pembangunan dalam kalangan bumiputera Islam akan menemui jalan kecundang. Kata-kata Taib Mahmud, “Sebagai umat minoriti, kita tidak mampu mempunyai perpaduan yang kurang dari yang sebulatnya” menunjukkan perpaduan umat Islamlah yang memastikan pendominasian politik dalam kalangan bumiputera Islam selama ini di samping perlunya mempunyai pemimpin muslim yang berwibawa dan berkaliber bagi menguasai tampuk pemerintahan dan memimpin masyarakat Sarawak yang berbilang kaum seadilnya.

Sumber: Bumiputera Islam dalam Politik Sarawak (1963-2007): Satu Analisis oleh Noor Ain Aini dan Neilson Ilan Mersat

oleh:
Khadijah bt Abu Bakar
Sarjana Muda Kejururawatan UNIMAS
Pengkaji IKB

Pencapaian Masyarakat Melayu Sarawak dalam Bidang Pendidikan Sebelum dan Selepas Merdeka

Negeri Sarawak mempunyai susur galur pemerintahan yang bersilih ganti bermula dengan pemerintahan Kesultanan Brunei sekitar abad ke-15 sehinggalah kedatangan Brooke pada 1839, yang memerintah Sarawak dua tahun kemudian. Perkembangan pendidikan masyarakat Melayu Sarawak telah berlaku sejak negeri itu berada di bawah pemerintahan Kesultanan Brunei yang mana proses pendidikan berlaku secara tidak formal dengan kewujudan sistem pendidikan tradisional. Hal-hal keagamaan, bacaan al-Quran dan jawi diajar oleh tok guru di masjid, surau atau rumah tok guru. Sewaktu zaman James Brooke memerintah, beliau tidak begitu menitikberatkan soal-soal pendidikan terhadap masyarakat bumiputra Sarawak.   Justeru, tidak ada sebuah sekolah kerajaan yang diwujudkan pada waktu itu. Berlainan setelah Raja Kedua Sarawak iaitu Charles Brooke yang berminat menubuhkan sekolah kepada kaum pribumi Sarawak termasuk masyarakat Melayu. Sekolah tajaan kerajaan pertama yang dibina untuk masyarakat Melayu ialah pada 21 Jun 1883 dengan nama Sekolah Abang Kassim. Seterusnya, beberapa buah sekolah telah dibuka. Mata pelajaran yang diajar ialah agama, membaca dan menulis, asas kira-kira, ilmu alam dan tawarikh. Murid-murid juga berpeluang mempelajari bahasa Inggeris.

Akhirnya pada tahun 1903, Kolej Kebangsaan Sarawak telah dibuka melalui dasar pelajaran untuk kaum bumiputra yang diperkenalkan oleh Charles Brooke. Namun kehadiran  murid kurang memberangsangkan. Kedatangan pelajar ke sekolah-sekolah tersebut bersifat turun naik akibat pelbagai faktor. Hal ini terdorong oleh perasaan sangsi dan curiga dalam kalangan ibu bapa terhadap pendidikan sekular yang diajar di sekolah-sekolah Melayu pada waktu itu meskipun terdapat pendidikan agama Islam yang turut diajar di sekolah-sekolah terbabit. Oleh yang demikian, ramai anak-anak Melayu keciciran dalam bidang pendidikan. Selain itu, terdapat juga ibu bapa yang menghantar anak-anak ke sekolah namun tidak menamatkan sesi pengajian sehingga darjah teratas kerana berpendapat anak-anak akan bekerja di kampung sebagai petani dan nelayan juga. Ketiadaan sistem daftar masuk yang sistematik, sistem penilaian yang seragam apabila keputusan peperiksaan murid merosot dan kekurangan guru yang berkelayakan telah menjadi sebahagian faktor penyumbang kepada kemerosotan kehadiran murid ke sekolah-sekolah Melayu. Tidak terkecuali juga dengan sikap anak-anak yang kurang berminat, peranan ibu bapa yang tidak mementingkan persekolahan anak-anak dan hubungan kerjasama antara ibu bapa dan guru yang kurang pada waktu itu menjadi penghalang kepada kehadiran anak-anak Melayu ke sekolah.

Pendudukan Jepun di Sarawak bermula Disember 1941 hingga September 1945 telah menyebabkan perkembangan pendidikan terhenti dan kemusnahan sekolah-sekolah. Setelah Jepun meninggalkan Sarawak, pelbagai usaha giat dijalankan untuk memulihkan sistem pendidikan pada waktu itu, Satu perkembangan menarik apabila kaum Melayu telah mengambil langkah mewujudkan sekolah-sekolah rakyat. Pembukaan sekolah-sekolah ini diusahakan oleh golongan anti penyerahan yang meletak jawatan sebagai guru di sekolah kerajaan kerana menentang penyerahan Sarawak kepada pihak British. Namun perkembangan sekolah ini terhenti akibat ketiadaan sistem daftar masuk  dan berhenti yang sistematik yang menyebabkan beberapa buah sekolah terpaksa ditutup akibat kekurangan murid. Selain itu, golongan cerdik pandai Melayu pada waktu itu telah menyedarkan masyarakat Melayu tentang kepentingan pendidikan. Manakala kesedaran masyarakat Melayu untuk terus maju dalam bidang pendidikan turut ditiup oleh akhbar Melayu tempatan iaitu Utusan Sarawak. Namun begitu, jurang perbezaan yang besar antara kaum masih berlaku dengan pelajar Cina mencatatkan jumlah yang ramai sebanyak 16.3% berbanding pelajar Melayu sebanyak 3.8% dan 1.8% adalah pelajar kaum Dayak dan bumiputera lain.

Setelah Sarawak berada di bawah jajahan British (1946-1963), penjajah berhasrat untuk menjadikan pendidikan sebagai alat untuk menyatukan penduduk yang berbilang bangsa dan merapatkan jurang pendidikan antara mereka. Walaupun sambutan kaum Melayu terhadap penubuhan sekolah rakyat pada waktu itu bertambah namun masih terdapat perbezaan jumlah pelajar yang ketara berbanding jumlah pelajar Cina. Pertambahan pelajar Cina dalam bidang pendidikan adalah kerana  sikap hormat dan minat yang tinggi terhadap pelajaran di samping azam mereka untuk menjawat jawatan yang baik dalam kerajaan. Sikap kaum Cina sebenarnya di bawa dari negara asal mereka kerana pada waktu itu, masyarkat Cina di Sarawak masih menunjukkan taat setia kepada negara asal mereka tanpa menghiraukan situasi dan suasana semasa yang berlaku dalam negeri. Bantuan untuk mengendalikan sekolah-sekolah, guru-guru untuk mengajar diterima dari tanah besar China termasuklah silibus dan buku teks.

Pada zaman pemerintahan British sekitar tahun 1948, strategi kerajaan British memperkenalkan kaedah “Bantu diri” yang cuba melepaskan tanggungjawab terhadap pendidikan anak-anak. Pihak Lembaga Tempatan telah diberikan tanggungjawab untuk menguruskan sekolah di kawasan amasing-masing walaupun terpaksa menghadapi pelbagai kesusahan dan kekurangan. Hanya Lembaga Tempatan yang ditadbir oleh komuniti-komuniti tertentu sahaja yang mampu meneruskan persekolahan kerana mempunyai sumber kewangan yang mencukupi.

Berlaku pembaharuan dalam pendidikan masyarakat Melayu Sarawak setelah Sarawak mencapai kemerdekaan dengan menyertai Malaysia pada 16 September 1963. Terdapat beberapa pengecualian yang dijadikan syarat kepada kemasukan Sarawak ke dalam Malaysia. Antaranya ialah, sistem pentadbiran yang sedia ada di Sarawak tidak boleh diubah dan hendaklah kekal di bawah kerajaan negeri sehingga dipersetujui sebaliknya, dasar mengenai bahasa Inggeris patut diteruskan, pengetahuan bahasa Melayu tidak boleh dijadikan sebagai syarat untuk mendapatkan peluang-peluang pendidikan, kerajaan Persekutuan tidak boleh menguatkuasakan syarat mengenai pendidikan agama dan peraturan negeri terhadap kedudukan istimewa kaum bumiputra haruslah diteruskan.  Dari segi pendidikan, sistem pendidikan di Sarawak telah melalui proses pengubahsuaian ke arah Dasar Pendidikan Kebangsaan.Pada tahun 1966, sistem sekolah percuma telah diperkenalkan di peringkat sekolah rendah dan hasilnya, berlaku pertambahan kemasukan pelajar ke sekolah rendah. Pelbagai usaha dipergiatkan untuk melatih guru-guru bahasa Melayu bagi sekolah-sekolah Sarawak. Seramai 90 orang bakal guru bahasa Malaysia telah dihantar ke Semenanjung Malaysia pada tahun 1972 untuk mendapatkan latihan yang mencukupi dan semua guru-guru pelatih di maktab-maktab Perguruan di Sarawak wajib lulus bahasa Malysia sebagai satu syarat untuk mendapatkan Sijil Perguruan. Menjelang tahun 1982, semua Sekolah Kerajaan dan Sekolah Inggeris Bantuan Kerajaan telah ditukar kepada Sekolah Rendah Kebangsaan. Pelbagai usaha dipergiatkan untuk melatih guru-guru bahasa Melayu bagi sekolah-sekolah Sarawak. Bahasa Melayu telah  diangkat sebagai bahasa pengantar di semua Sekolah Rendah Kebangsaan sebagai satu usaha memupuk semangat kesatuan antara pelbagai kaum khususnya di Sarawak dan di Malaysia amnya. Selain itu, penyertaan masyarakat pelbagai kaum dalam bidang pendidikan semakin bertambah sejak Sarawak merdeka. Pemanjangan Akta Pendidikan 1961 ke Sarawak pada tahun 1976 membolehkan kelebihan kepada murid-murid Melayu untuk belajar pelajaran agama Islam. Seksyen 36(i) Akta Pendidikan 1961 menetapkan bahawa mana-mana sekolah yang mempunyai 15 orang atau lebih murid Islam, maka murid-murid ini mesti diajar pelajaran agama oleh seorang guru Islam.

Kepentingan pendidikan di peringkat tinggi turut ditekankan setelah kemasukan Sarawak ke dalam Malaysia. Beberapa cawangan Pusat Pengajian Tinggi telah dibuka antaranya ialah Kampus Cawangan Institut Teknologi MARA pada tahun 1973 dan Universiti Pertanian Malaysia pada tahun berikutnya. Setelah itu, beberapa buah lagi IPT dibuka termasuklah UNIMAS pada tahun 1992.

Setelah merdeka, pelbagai pembaharuan yang telah dijalankan oleh kerajaan Malaysia dalam bidang pendidikan termasuk di Sarawak. Pendidikan merupakan salah satu wadah untuk mewujudkan perpaduan antara kaum yang wujud di negeri ini. Peluang yang terbuka luas untuk semua kaum menimba ilmu seharusnya direbut oleh masyarakat pelbagai kaum termasuklah masyarakat Melayu. Dengan wujudnya pelbagai bantuan dalam bentuk kewangan dan biasiswa, generasi muda pada hari ni sepatutnya merebut peluang yang terbentang luas untuk meneruskan kelansugan hidup mereka pada masa hadapan. Kesungguhan orang-orang Melayu yang dahulunya bertungkus lumus menguruskan sekolah rakyat walaupun menghadapi pelbagai masalah dan kekangan, patut dijadikan iktibar oleh kita pada hari ini. Dewasa ini, hanya orang yang bijak merebut peluang akan berjaya menempatkan diri mereka “berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah” dengan bangsa-bangsa lain yang ada di dunia pada hari ini.
Oleh,
Nor Atikah Bt Mohamad
MD UNIMAS
rujukan: Pencapaian Masyarakat Melayu Sarawak Dalam Bidang Pendidikan Sebelum Dan Selepas Merdeka oleh Najihah Binti Abdul Mutalib (Pensyarah di Jabatan Sains Sosial, Fakulti Sains Pertanian & Makanan, UPM Kampus Bintulu Sarawak)

The History of the Translation of The Bible Into Bahasa Malaysia

1628-1638 The Malay translation of the Gospels of Mark and Matthew was published by Albert Cornelius Ruyl, a Dutch East India Company (EIC) trader, in a bilingual format based on the current Dutch text. Ruyl's first translation used the Jawi script but later translations were in Roman script.
1628-1638 The Malay translation of the Gospels of Mark and Matthew was published by Albert Cornelius Ruyl, a Dutch East India Company (EIC) trader, in a bilingual format based on the current Dutch text. Ruyl’s first translation used the Jawi script but later translations were in Roman script.

The history of translating Bible into Bahasa Malaysia has started since the 16th century. It was the era when the European colonialism was rapidly developing. South East Asia became an attraction for the colonial powers for its trade and resources potential. South East Asia has also become the potential field in order to spread the Gospel for the European. The Roman Catholic churches had already sent missionaries to most of Asia.

The publication of such versions becomes easier with the rise of Protestant States. As a consequence, the Bible was translated into the language of the regions. Netherlands is one of the first countries in Protestant Europe to establish its power outside of Europe. As a result, Malay has become the first language into which Bible was translated outside of Europe and the Middle East.

Dutch East India Company (Vereenigde Oostindische Compagnie, VOC) was one of the corporations that sponsors pastors for the Dutch population, and tolerated some evangelistic efforts among Catholics although it was said that it does not encourage the missionary activities. The first initial effort to translate the Bible into other language was made by a trader and clerk of the Dutch East India Company, Albert Cornelius Ruyl and Jan Van Hasel. The first period of the translation ended with the publication of the complete New Testament translated by Rev. Daniel Brower.

The first translation of the Bible was done in Jawi script. But, there’s problem with the Jawi script; it has only three letters to represent the vowels sound. The translation of the Bible into Jawi has not been produced until the mid of 18th century. The second problem which emerged was to define the limits boundaries of the Malay language, and to distinguish differentiate its dialects and the related languages. The last problem was “related to the problem of determining the limit of the language lay in establishing its proper idiom”.

In 1758, the complete translated Bible was published in Batavia using Jawi script. The Bible was translated by Dr. Leidekker at first, then, was continued by Francois Valentine which then died in 1727. The translation then checked by van der Vorm and a group of language expert. This translation became the standard translation for nearly two centuries in Indonesia and Malaysia.

As the colonial power of British expanded into Southeast Asia region, so does the Christianization operations by missionary societies. London Missionary Society (L.M.S) was one of the missionary organizations who became interested to send missionaries to China. In 1814, William Milne, one of the members of L.M.S came to Melaka and decided that Melaka would be the best location for the center which the L.M.S had decided to establish. This was because of Melaka was the ordinary trade routes to China.

L.M.S’ efforts to produce Malay-translated bible began with an interview between Milne and his language teacher, Munshi Abdullah (Abdullah bin Abdul Kadir). Forty years after this interview, as William Milne focused on the production of Chinese Bible, Munshi Abdullah would be the one who played a major role in translating the Bible into Malay, with the support of Claudius Thomsen, another missionary sent by L.M.S in 1815 to specifically work among the Malays. Thomsen, however, faced a difficulty in publishing the Bible despite having his own printing press in Singapore. Only the press in Melaka had the capability to print an entire gospel. Back then, it was under the control of a group of missionaries whose focus was on the Chinese literature. Therefore, Thomsen’s missionary efforts had received less support from the missionary agencies.

When Thomsen left Singapore, he sold his printing press to the American missionaries who had just arrived. One of them, John Stronach took over the work of revising the New Testament as well. Stronach also worked with Abdullah in order to revise the New Testament.

In many ways the year 1852 marks the end of era in Bible translation into Malay. The cessation of translation work did not mean the end of efforts to use and distribute Malay literature. In 1880, a full time Bible Society agent was assigned was assigned to Singapore and in 1882, it began what was regarded as the most successful way of reaching non-Christians with the scripture. At about the same time that Keasberry was printing his translation of the complete New Testament a Dutch Mennonite minister in Java was undertaking to improve on Leidekker’s translation.

In many years, the version of the Bible translation is being improved by many people and organization. This was due to some problems that occur, for example the language used was not appropriate or language cannot be understood by the natives or some of the word was not spelled correctly. During the time, there were communities that take the responsibility to revise the Bible in Malay. The members were Bishop Hose, W.H. Gomes and Shellabear. The committee consulted with Dato Dalam of Jahore for several hours each day on ‘various questions of Malay language and literature’. According to Shellabear, Dato’ Dalam was one the son of Munshi Abdullah.

Other than this, there also exist other organizations which had tried their best to improve the translation of the Bible. They worked with the natives in order to make the translated Bible being accepted and understood by the natives. Problem still exist although they tried their very best to improve the translation of the Bible. As we all can see, the definition of “idiomatic” Bahasa Malaysia continues to evolve there may be the need for further new translation.

As a conclusion, developments in the translation of the Bible revolve around these considerations; 1. The establishing of the standards of the language. 2. Establishing the appropriate ways of using the language to communicate Biblical ideas within the culture. 3. The targets and means of distribution.

References:
1) Hunt, R.A “The History of the Translation of the Bible into Bahasa Malaysia”JMBRAS Vol 52 Part 1 June 1989, pp.35-56.)
2) Executive Summary “The History of the Translation of the Bible into Malay” MBRAS, link: http://www.mbras.org.my/article2.html

This summary of Hun’ts publication was written by,
Norlia bt Salleh
IKB Researcher
Information Systems (FSKTM), UNIMAS

Bangsa Filipina: Singa yang Dikijangkan

Masjid di bandar Isabela, Filipina

Jati diri Islam merupakan satu pendirian yang menusuk ke dalam jiwa seorang penganutnya. Pendirian yang utuh tak gentar siapa kecuali Maha Pencipta ini seberani seekor singa. Namun pendirian ini semakin lama semakin dikikis oleh pihak- pihak luar yang cuba menjinakkan Sang Singa menjadi seperti seekor kijang yang pengecut. Allah SWT telah menjadikan seseorang insan itu mulia melalui Islam

Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya(dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). Kemudian (jika ia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah.”(At-Tin : 4-5)

Seseorang insan itu diangkat menjadi mulia hanya melalui Islam atau jika ia berpaling maka darjatnya menjadi serendah-rendahnya. Ayuh kita selami kemuliaan bangsa di Filipina yang suatu masa dahulu diterangi cahaya Islam dengan seterang cahaya yang kini semakin malap.

Islam dikenal pasti sudah mula bertapak di Filipina sejak bahagian suku terakhir abad ketiga belas lagi di mana penempatan Islam telah terbina di kawasan Sulu. Mereka mungkin terdiri daripada pedagang-pedagang asing. Pada abab kelima belas pula, kedatangan orang-orang Melayu dari Sumatera dipercayai terdiri daripada golongan agamawan Islam.

Sementara itu, di Maguindanao sekitar tahun 1460, Syarif Awliya dijangka sudahpun tiba kerana pada sekitar tahun 1515, Syarif Muhammad Kabungsuwan telah tiba di kawasan Malabang yang merupakan dua generasi selepas kedatangan Syarif Awliya yang juga sezaman dengan kejatuhan Majapahit dan ketibaan bangsa-bangsa Eropah di Nusantara. Pada masa itu, keluarga-keluarga pemerintah Maguindanao dan Buayan merupakan penganut Islam.

Sebelum kedatangan Sepanyol di Filipina, rakyatnya terdiri daripada majoriti penganut Islam selain sebahagian kecil penganut animism. Hampir seluruh kepulaun Filipina diperintah orang Islam. Malahan nama Manila(ibu Negara Filipina) berasal daripada perkataan Arab iaitu ‘Amanillah’ yang bermaksud kota yang dilindungi Allah. Walau bagaimanapun, ahli sejarah Filipina kebanyakanyna menolak sumber ini dengan mengatakan nama Manila berasal daripada sebuah pokok.

Umat Islam ketika zaman itu dikatakan terdiri daripada penganut Islam yang soleh. Tidak hairanlah pemerintah seperti Sultan Kudarat di Maguindanao tidak pernah mengalah mempertahankan tanah airnya daripada dicemari unsur-unsur Kristianisasi yang menular mengancam mereka ketika itu. Kehebatannya juga tidak disangkal oleh sejarawan Barat yang begitu berani menentang Sepanyol. Keberanian ini datang bukan semata-mata disebabkan ingin mempertahankan tanah mereka, malahan untuk mempertahankan akidah Islam yang masih dipegang dengan kuat oleh mereka. Senjata yang berupa semangat itulah yang bertapak di dalam hati mereka atas keyakinan mereka kepada Allah.

Kemuliaan Islam yang tersemat di dalam jiwa telah mengangkat mereka menjadi sebuah bangsa hebat sehingga pernah menguasai hampir keseluruhan kepulauan Filipina. Namun, kedudukan Islam di Filipina pada masa kini telah bertransformasi mengikut teori dan filosofi barat.kebanyakkan pemuda Islam di sana rela menghambakan diri mereka bagi memenuhi keperluan materealistik. Mereka dijinakkan melalui sekularisme dan salah faham terhadap Islam yang tidak dijadikan sebagai jalan hidup.

Pemuda Islam di Filipina yang menetap di kawasan majoriti Kristian terikut dengan cara hidup masyarakat Kristian. Terdapat bukti yang menunjukkan sesetengah pemuda Islam di sana menyalah gunakan dadah dan meminum arak dek kerana kurang ajaran dan suasana Islam di kawasan majoriti bukan Islam.

Usaha-usaha untuk memberi kesedaran kepada pemuda Islam yang semakin hanyut di beberapa kawasan di Filipina giat dijalankan oleh golongan intelektual Islam di sana. Namun, kekangan mereka sebagai kaum minoriti menggugat hak mereka dalam mengamalkan Islam kerana penganut Islam tidak begitu diterima oleh pihak kerajaan sendiri.

Walau bagaimanapun, harus diingatkan betapa hebatnya bangsa Islam di Filipina yang suatu masa pernah memerintah hampir keseluruhan Filipina. Kehebatan yang berteraskan akidah ini harus sentiasa diingati para pemuda Islam supaya mampu sedar akan kebolehan sebenar orang Islam. Keberanian seperti seekor singa yang ada dalam jiwa-jiwa orang Islam harus segera dibangkitkan agar dapat terus berjuang menegakkan kebenaran.

Nur Hafizah Shahrin
Pengkaji IKB

Sumber :
1) Alizaman D. Gamon, A Glimpse on History of Islam in Philippine: A Cursory View of Muslim Culture and Identity, Kolokium Membina Kedaulatan Melayu Islam Nusantara,2013
2)  Caesar Adib Majul (Islam Di Filipina)
3. Hasanuddin Yusof (Sultan Sultan Soleh Di Nusantara)

Sejarah dan perkembangan gerakan kristianisasi di Sarawak

Sir_James_Brooke_1847_by_Francis_Grant

Gerakan kristianisasi di Sarawak telah bermula sejak tahun 1848 bahkan lebih awal, dengan kedatangan Francis Thomas Mcdougall di atas jemputan James Brooke. Francis Mcdougall merupakan seorang doktor perubatan yang bermazhab Anglican dan merupakan pengasas bagi Mazhab Anglican di Sarawak. Beliau memulakan aktiviti missionaries pertamanya di Sarawak dengan menubuhkan Borneo Church Mission.

Sasaran awal bagi gerakan ini adalah orang-orang Melayu di Sarawak. Francis Mcdougall merupakan orang pertama yang membuka sekolah formal bagi anak-anak Melayu sebagai cara untuk memudahkan dakyah Kristianisasi terhadap anak-anak Melayu. Beliau telah membina sekolah-sekolah, gereja-gereja dan dispensari bagi menyebarkan agama Kristian dalam kalangan masyarakat Sarawak.

Bagi tujuan untuk menggencarkan lagi penyebaran agama Kristian dalam kalangan masyarakat Melayu di Sarawak, Francis Mcdougall telah menjemput Melayu Kristian dari Singapura untuk berdakyah kepada orang Melayu. Namun begitu, usahanya gagal apabila pemimpin Melayu dan masyarakat Melayu menentang tindakan tersebut. Setelah gagal dengan usaha tersebut, Francis Mcdougall meneruskan usaha dakyahnya dengan membuka sekolah untuk anak-anak Melayu serta menyebarkan buku panduan agama Kristian dalam bahasa Melayu kepada masyarakat.

Setelah usaha kristianisasi terhadap orang Melayu menemui kegagalan, Francis Mcdougall seterusnya mengalih sasaran kepada masyarakat pribumi dan Cina di Sarawak. Usaha penyebaran agama Kristian oleh beliau dalam kalangan masyarakat tersebut membuahkan hasil. Beliau menggunakan sebaik-baiknya kelebihan beliau sebagai doktor perubatan bagi menarik minat masyarakat tempatan untuk menerima Kristian dengan menubuhkan klinik perubatan selain mengambil anak angkat serta mendamaikan pergaduhan yang berlaku dalam masyarakat di Sarawak.

Pada tahun 1881, Charles Brooke telah menjemput tokoh kristianisasi yang daripada mazhab Katolik ke Sarawak setelah kegagalan Missionaries Anglican menyebarkan dakyah ke bahagian lain di Sarawak. Father Edward Dunn, menjadi antara nama besar yang berjaya menyebarkan agama Kristian di Sarawak. Beliau merupakan salah seorang tokoh missionaries yang bermazhab Katolik. Beliau sangat berkemahiran dalam bidang pertanian dan kelebihan ini dimanfaatkan oleh beliau semaksima mungkin untuk menarik minat masyarakat Iban di pedalaman terhadap agama Kristian. Aktiviti kristianisasi seterusnya tertumpu di bahagian kedua sarawak iaitu di Sarikei dan juga Saribas.

Keluarga Brooke sangat menyokong dan memberi dorongan terhadap penyebaran agama Kristian di setiap bahagian di Sarawak tanpa mengira denominasi mazhab, walaupun keluarga mereka sendiri merupakan Kristian yang bermazhab Anglican. Keluarga Brooke pada ketika itu memberi jaminan terhadap keselamatan missionaries Kristian serta meyakinkan para missionaries bahawa tidak akan ada tentangan daripada pemimpin Islam terhadap usaha kristianisasi yang mereka lakukan. Di samping menyebarkan agama Kristian dalam masyarakat, Father Edward Dunn juga telah berjaya menubuhkan beberapa buah sekolah missionaries di Sarawak. Antaranya, Sacred Heart di Sibu, St Teresa dan St Joseph di Kuching.

Antara mazhab Kristian utama lain yang terdapat di Sarawak, antaranya adalah Gereja Methodist Sarawak, Sevent-Day Adventist dan juga SIB (Sidang Injil Borneo).

Borneo Evangelical Mission (BEM) ataupun Sidang Injil Borneo (SIB) telah diasaskan di Melbourne pada tahun 1928. Sasaran awal gerakan ini adalah masyarakat Murut (Lun Bawang) dan Kelabit. SIB antara mazhab Kristian yang terbesar di Malaysia dengan anggaran keahlian seramai 500 000 orang di seluruh Malaysia. Pertubuhan ini memberi latihan kepada masyarakat tempatan untuk menjadi missionaries serta ‘Clergymen’  gereja. Di Lawas, telah ditubuhkan sebuah sekolah pengajaran Bible dan ia berfungsi sebagai pusat latihan para paderi serta terjemahan Bible ke dalam bahasa Borneo.

Ecumenism ataupun penyatuan gereja-gereja sangat popular di Sarawak. Penyatuan ini telah dilakukan pada tahun 1991. Antara mazhab yang menyertai Ecumenism adalah Anglican, Roman Katolik, Methodist, SDA, SIB dan The Salvation Army. Penyatuan gereja-gereja ini telah membentuk Sarawak Ecumenical Centre yang menjadi suatu badan yang mengatur serta menyelaraskan aktiviti missionaries di Sarawak.

Pertubuhan-pertubuhan Kristian semakin berkembang di Sarawak selepas merdeka. Kira-kira 50 pertubuhan ataupun mazhab Kristian telah ditubuhkan di Sarawak selepas merdeka. Hasil perkembangan dan usaha gigih mereka telah berjaya merubah demografi Sarawak menjadi satu-satunya negeri yang majoriti beragama Kristian.

Selain itu juga, pelbagai purtubuhan missionaries antarabangsa menjalankan aktiviti kristianisasi secara pesat di bumi Sarawak antaranya Church of Latter-Day Saint (mormon), World Church Mission (WCM), Mill Hills Society, dan banyak lagi.

Usaha mereka yang terancang ini perlu menjadi perhatian masyarakat Islam di Sarawak agar kita semua sedar akan ancaman ini kepada masyarakat Islam di Sarawak.

Norlia Salleh
Borneo Research Institute (BRI)

Rujukan: Wan Kamal Mujani & Noranizah Yusuf,Islam dan Missionari di Sarawak: Kesan terhadap Pendidikan pada Zaman Crown Colony, 1841-1941